Friday, October 10, 2014

SAINT ANSELM

Nama sebenar Saint Anselm ialah Anselmo d'Aosta. Beliau dilahirkan di Aosta pada tahun 1033 Masihi. Saint Anselm merupakan seorang ahli falsafah dan juga penulis.

Anselm of Canterbury (1033-1109) adaah seorang pemikir Kristian yang terkenal pada abad pertengahan. Malah beliau banyak meninggalkan falsafahnya dalam bidang politik dan kebijaksanaan. (Gasper, 2004 : xii)

Pada tahun 1047M, Saint Nselm meninggalkan kampung halamannya seperti kebanyakan orang Itali melakukannya dan kemudiaannya meneruskan perjalannya ke Utara Perancis melalui Burgundy. Beliau kemudiannya sampai ke kawasan pemerintahan Duke di Normadia setelah tiga tahun mengembara. Setelah itu, beliau menyertai komuniti biara Bec dan menetap di sana selama 37 tahun. Kemudiannya dilntik menjadi ketua biara (Gasper, 2004 : xii )

Falsafah St Anselm bnayak dipengaruhi oleh Plato meskipun beliau juga banyak mempelajari tentang Aristotle. 

Karya falsafah St Anselm terdiri daripada tiga bahgan iaitu monologium, proslogium, dan cus deus ho mo (mengapa Allah menjadi manusia) . Dalam monologium, beliau menyebut tentang bukti bukti kewujudan Allah. Karya ini hanyalah bersifat teologi. Kedua ialah proslogium. Ia berkisar tentang doa doa. Saint Anselm sangat berpegang teguh pada moto "Faith Seeking Understanding" . Seterusnya ialah Cus deus ho mo.  Karya ini mengisahkan tentang kematian Nabi Isa AS di kayu salid yang mana mendamaikan manusia dengan Allah.

Saint Anselm meninggal dunia pada 21 April 1109M di usia 75 tahun. Beliau meinggal dunia di Canterbury< Kent< England.

Kesimpulannya,St Anselm banyak mninggalkan karya-karya falsafah yang dijadikan rujukan kepada generasi seterusnya.